Nabi Muhammad S A W Makhluk yang Agung
-->
Nabi Muhammad
saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun
bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang
sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai
manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan
keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh
untuk diteladani.
Umum
mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur
batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap
individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota
adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi
Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak
dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah
mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu
sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan
riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu
indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada
pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi
berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya
milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat
yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya
secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat
baginda saw:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan
merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
- Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah
sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari
bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
- Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah
melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
- Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti
bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
- Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
- Wajahnya seperti bulan purnama
- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat
darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan
asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian
depan.
- Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
- Janggutnya penuh dan tebal menawan
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
- Rambutnya sedikit ikal
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan
kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
- Rambutnya terbelah di tengah
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih daripada biasa
- Seimbang antara kedua bahunya
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga
besar dan tersusun dengan cantik
- Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal
yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak
kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging
di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran
antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
- Warna kulitnya putih tapi sehat
- Kulitnya putih lagi bercahaya
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
- Badannya tidak gemuk
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak
- Perutnya tidak buncit
- Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang
ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi
tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak
pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada
Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan
Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi
Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang
zaman.
MORAL &
IKTIBAR
- Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik
pilihan Allah.
- Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal
dan rohani.
- Atas sifatnya yang superior inilah baginda
dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
- Baginda adalah manusia mithali yang serba
lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa
lagi bersifat dengan maksum.
- Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh
teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah
tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima
keimanannya.
0 comments:
Posting Komentar